Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 Background: 4 Background: 5 Background: 6 Background: 7 Background: 8 
Last Update: 23 Aug 2017
Version 8.0.2
Seksyen Perancangan Strategik (Pejabat Timbalan Residen)Seksyen Perancangan Strategik (Pejabat Timbalan Residen)

Seksyen Perancangan Strategik diurus oleh Pejabat Timbalan Residen Bahagian Sarikei, bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berikut;

 

1) Perancangan Strategik Pembangunan Bahagian

2) Perancangan Strategik Pembangunan Sosial

3) Pembangunan SCS Scorecard Bahagian Sarikei

 

FUNGSI PEMBANGUNAN

  • Urusetia  Jawatankuasa Pembangunan Bahagian Bintulu (DDC);

  • Urusetia Jawatankuasa Rural Transformation Projects (RTP) Bahagian Sarikei; Jawatankuasa Perolehan Rural Transformation Projects (RTP) Bahagian Sarikei;

  • Urusetia Jawatankuasa Projek Kecil Luar Bandar & Projek Khas (MRP) Bahagian Bintulu; Penyediaan Senarai Cadangan Projek Kecil Luar Bandar & Projek Khas (MRP); Pra-Pelaksanaan, Pelaksanaan, Pemantauan dan Pelaporan Projek Kecil Luar Bandar & Projek Khas (MRP);

  • Urusetia Jawatankuasa Utiliti Bahagian Sarikei;

  • Urusetia Jawatankuasa Projek Lebuhraya Pan Borneo Bahagian Sarikei;

  • Urusetia Jawatankuasa Penilaian Prestasi Kontraktor Bumiputera Bahagian Sarikei;

  • Menyelaras Perancangan/ Pelaksanaan/ Pemantauan dan Pelaporan bagi Program/ Projek Pembangunan Rancangan Malaysia (RMK);

  • Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Alternatif Bahagian Sarikei;

  • Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Bahagian Sarikei;

  • Pengurusan Pentadbiran Tanah;

  • Jawatankuasa Penentuan Kawasan Hidup Susah;

  • Pelaporan kepada Jawatankuasa  berkaitan Pembangunan Peringkat Negeri seperti State Development Executive Committee (SDEC), State Development Monitoring Committee (SDMC), Permanent Secretaries and Residents Meeting dan seterusnya;

  • Mengemaskini Profil Tahunan Bahagian Sarikei;

  • Gerakan Desa Wawasan/ Anugerah Desa Cemerlang Bahagian Sarikei;

  • Majlis Pembangunan Usahawan Bahagian Sarikei


TANGGUNGJAWAB PEMBANGUNAN SOSIAL

  1. Merancang dan melaksanakan strategi untuk mencapai aspirasi kerajaan dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembangunan fizikal dan sosial yang lestari di Bahagian.

  2. Mengenalpasti, merancang, menyelaras serta memantau Program Pembangunan Sosial yang melibatkan agensi yang berkaitan ke arah menangani gejala sosial.

  3. Membantu Kementerian Pembangunan Sosial & Urbanisasi Sarawak (KPSU) dan agensi-agensi yang berkaitan dalam mengenalpasti isu-isu (sosial) semasa untuk dikaji dan juga menilai impak pembangunan terhadap kesejahteraan masyarakat setempat (jika perlu).

  4. Mewujudkan dan membangunkan Pangkalan Data Sosial Bahagian bagi tujuan perancangan pelan tindakan Jawatankuasa Sosial Bahagian selain dijadikan sebagai bahan rujukan untuk penyelidikan oleh agensi-agensi berkaitan.

  5. Memantau aktiviti yang berkaitan dengan program pembasmian kemiskinan.

  6. Menyelaras jawantankuasa kerja bagi sambutan perayaan, majlis rasmi, majlis keagamaan, kebudayaan, sukan dan pelancongan.

  7. Membantu merancang/memberi input kepada pembangunan sektor pendidikan terutamanya di kawasan pendalaman dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Belia dan Sukan dan KPSU.

  8. Memantau dan membantu menggerakkan aktiviti sosial (termasuk kemasyarakatan/kebajikan) seperti sukan, kebudayaan, belia, wanita dan keluarga melalui JKKK, NGO dan sebagainya ke arah mewujudkan komuniti bestari dan kemakmuran setempat.

  9. Membantu dalam usaha memperkasakan keupayaan (capacity building) serta kepimpinan di peringkat akar umbi (Ketua Kampung/Ketua Masyarakat, JKKK, NGO dan lain-lain).