Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 Background: 4 Background: 5 Background: 6 Background: 7 Background: 8 

Last Update: 15 Nov 2018
Version 8.1.2
PROGRAM INTERVENSI SOSIAL : Kesedaran Dan Advokasi Pendidikan Seksual (KAPS) Bahagian Sarikei
Posted on : 23 Oct 2018  Source of News: Pejabat Daerah Sarikei
 

Program Intervensi Sosial : Kesedaran Dan Advokasi Pendidikan Seksual (KAPS) Siri 2/2018 Bahagian Sarikei telah diadakan pada 10 - 12 Oktober 2018 di Dewan, SMK Bandar Sarikei anjuran Majlis Pembangunan Sosial (MPS) Sarawak Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga & Pembangunan Kanak-kanak dengan Kerjasama Pejabat Residen Bahagian Sarikei dan Pejabat Daerah Sarikei. Sebanyak 123 orang pelajar Tingkatan 3 daripada SMK Bandar Sarikei telah menghadiri program ini selama 3 hari (7.00 Pagi – 1.30 Petang).

Tujuan Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang pendidikan seksual dan masalah yang timbul akibat daripada kurangnya pengetahuan pendidikan seksual. Salah satu masalah yang timbul yang semakin serius adalah kes kehamilan dalam kalangan remaja. Data OSTPC Negeri Sarawak menunjukkan bahawa Sarawak adalah negeri yang tertinggi daripada sudut peratusan kehamilan remaja dan kedua tertinggi daripada sudut bilangan remaja yang hamil. 

Ahli Jawatankuasa Kerja & Agensi/Jabatan Kerajaan yang turut terlibat termasuk guru-guru SMK Bandar Sarikei, PDRM Sarikei, Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei, Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei, HIKMAH Sibu, Jabatan Penjara Sibu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarikei, AADK Daerah Sarikei, Pejabat LPPKN dan Unimas.

Majlis Penutupan program diadakan pada 12 Oktober 2018 (Jumaat) di Dewan SMK Bandar Sarikei dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Hajjah Rosey Binti Haji Yunus, Menteri Muda Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak.