Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 Latar Belakang: 4 Latar Belakang: 5 Latar Belakang: 6 Latar Belakang: 7 Latar Belakang: 8 
Kemaskini Pada: 23 Okt 2017
Versi 8.0.3
Piagam PelangganPiagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN PEJABAT RESIDEN BAHAGIAN SARIKEI

KAMI BERJANJI AKAN MEMBERI PERKHIDMATAN YANG MESRA DAN TERBAIK KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG MEMERLUKAN PERKHIDMATAN KAMI SEPERTI BERIKUT:

1. Lesen Perkahwinan Khas Bukan Islam diluluskan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.

2.  Permit Kutipan Awam dilulus dan dikeluarkan kepada   pemohon dalam tempoh dua (2) hari bekerja.

3.  Keputusan Permohonan Lesen Sabung Ayam dimaklumkan   kepada pemohon dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

4. Permohonan Pindah Hak Milik Senapang Patah diputuskan   dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

5. Keputusan Lembaga Perumahan A & B dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh tiga (3) hari bekerja setelah Lembaga bermesyuarat.

6. Pembayaran kepada pembekal dilakukan dalam tempoh  empat belas (14) hari bekerja.

7. Penyelarasan bantuan bencana kepad mangsa diuruskan dalam tempoh satu (1) hari setelah berlakunya bencana.

8. Keputusan mengenai tempahan Bilik Mesyuarat / Kenderaan / Rumah Rehat dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh satu (1) hari bekerja.


PIAGAM PELANGGAN PEJABAT - PEJABAT DAERAH DI BAWAH PENTADBIRAN BAHAGIAN SARIKEI

KAMI BERJANJI AKAN MEMBERI PERKHIDMATAN YANG MESRA DAN TERBAIK KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG MEMERLUKAN PERKHIDMATAN KAMI SEPERTI BERIKUT:

1. Permohonan Surat Kuasa Mentadbir (Letters of Administration) atau Probet diluluskan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

2. Permohonan Sijil Anak Angkat diluluskan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

3. Permohonan Pindah Milik Senapang Patah dikeluarkan permit dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas diterima daripada Pejabat Residen Bahagian Sarikei.

4. Permohonan Sijil Pendaftaran Nama - Nama Perniagaan (BNR Certificate) diluluskan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

5. Pembatalan Sijil Pendaftaran Nama - Nama Perniagaan (Revocation of BNR Certificate) diluluskan dalam tempoh 90 hari bekerja.

6. Pengeluaran Ekstrak Sijil Pendaftaran Nama - Nama Perniagaan (Ekstrak of BNR Certificate) diluluskan dalam  tempoh satu (1) jam.

7. Pindaan Sijil Pendaftaran Nama - Nama Perniagaan (Amendment of BNR Certificate) diluluskan dalam tempoh dua   (2) hari bekerja.

8. Projek Kecil Luar Bandar (PKLB) dilaksanakan dan disiapkan mengikut garis panduan dan ketetapan  agensi pemula.

9. Keputusan Lembaga Perolehan Bahagian Sarikei dimaklumkan kepada pembekal melalui surat tawaran kerja atau bekalan / perkhidmatan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

10. Pembayaran kepada pembekal dilakukan dalam tempoh 14 hari bekerja.

11. Pengeluaran Permit Membeli Peluru diluluskan dalam  tempoh 30 minit.

12. Pungutan hasil daripada orang awam akan diproses dan dikeluarkan resit penerimaan dalam tempoh 30 minit.

13. Proses permohonan pendaftaran ‘DEEDs’ dilakukan dalam tempoh dua (2) hari bekerja.

14. Keputusan mengenai tempahan Bilik Mesyuarat / Kenderaan / Rumah Rehat dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh satu (1) hari bekerja.

15. Pendaftaran kes - kes Mahkamah Bumiputera dilakukan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.

16. Setiap aduan pelanggan diaku terima dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan diambil tindakan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.